Maklumat untuk Ibu Bapa

Selamat datang!
Selamat datang ke laman web Superbook Kids – tempat yang selamat untuk kanak-kanak bermain beberapa permainan atas talian yang manis, mempelajari lebih lanjut tentang Alkitab dan mengembangkan iman mereka!
INILAH CARA IA BERFUNGSI
Apabila anak kamu (di bawah umur 13 tahun) mendaftar untuk menyertai laman web Superbook Kids, kami memberitahu kamu melalui e-mel supaya kamu menyedari keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam komuniti kami. Pendaftaran anak kami membolehkan mereka mengakses semua jenis aktiviti yang menyeronokkan dalam laman web ini, seperti mengambil bahagian dalam peraduan atau dapat menyimpan mata yang mereka kumpul semasa bermain permainan atas talian kami. Kami juga mungkin menghantar e-mel kepada kamu secara berkala untuk memberitahu kamu tentang permainan baharu yang sedang ditambah ke dalam laman web kami atau tentang peraduan masa hadapan yang mungkin menarik minat anak kamu. Semua maklumat yang dikumpul di laman web ini digunakan untuk membantu kami menambah baik laman web kami untuk keseronokan anak kamu. Sila semak Dasar Privasi kami jika kamu inginkan maklumat lanjut.

TENTANG KAMI
Kami bekerja keras untuk mencipta tempat yang menghiburkan di mana anak kamu akan mahu datang, bermain dan berinteraksi dengan aktiviti kami. Sama ada permainan kanak-kanak kami, radio kanak-kanak kami, pencipta watak kami atau soalan interaktif kami tentang Tuhan, kami mahu kanak-kanak bergembira di laman web kami sambil belajar tentang Alkitab dan mengembangkan hubungan mereka dengan Yesus pada waktu yang sama.
CBN Parenting
Selain menyediakan ibu bapa dan anak-anak dengan sumber yang berkuasa untuk membina iman mereka dan meneruskan perjalanan mereka dengan Tuhan, kami juga ingin menggalakkan komuniti Kristian. Di laman web kami yang lain, CBN Parenting, kamu akan dapat berhubung dengan ibu bapa Kristian yang lain melalui rangkaian sosial kami my.CBN.com di mana kamu boleh:
- - Berhubung dengan ibu bapa lain
- - Membincangkan topik berkaitan keluarga
- - Mengambil bahagian dalam pelayanan bersama ibu bapa yang lain
Kamu juga akan menemui artikel yang dikemaskini secara kerap dengan topik yang penting kepada ibu bapa seperti membesarkan anak mengikut alkitabiah, membangunkan gaya hidup sihat untuk anak-anak, mewujudkan pengaruh positif dan banyak lagi!
Keselamatan Atas Talian
Kami telah mereka laman web kami untuk menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak, tetapi keselamatan terbaik yang boleh dimiliki oleh kanak-kanak ialah penglibatan ibu bapa atau penjaga mereka dengan aktiviti atas talian mereka. Kami menggalakkan kamu meluangkan masa bersama anak kamu atas talian, bukan sahaja untuk mengawasi aktiviti mereka dan mendidik mereka, tetapi juga untuk menggalakkan mereka dengan apa yang mereka pelajari di laman web kami.
Sumber Keselamatan Atas Talian

Terima kasih!
Terima kasih kerana melayari laman web kami! Kami terus membangunkan dan mengembangkan laman web kami dan ingin mendengar sebarang cadangan yang kamu ada untuk memperbaikinya. Hubungi kami melalui pautan 'Hubungi Kami' di bahagian bawah halaman ini. Jika kamu mempunyai soalan tentang Kelab DVD Superbook, sila hubungi 1-866-226-0012.